My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

18/01/2017

bacalah

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup.
Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

17/01/2017

kita punya pilihan.

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan

15/01/2017

waktu

Waktu adalah kehidupan manusia.
Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan.
Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan.
Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat.
Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan.
Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga.
Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya.
Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya.
Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba di dunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.

14/01/2017

kita ini apa sebenarnya?

seorang penduduk planet bumi yang mana diwaktu senggangnya dihabiskan dengan belajar apa ertinya menjadi hamba; oh ya!~ hamba itu subjektif gais.

atau mungkin;

seorang penduduk planet yang tidak pernah tidak lapar; oh ya!~ lapar itu jugak subjektif gais.

atau juga;

sejenis makhluk yang yang suka kumpul buku buat simpan habuk.

13/01/2017

filosofi II

Zaman sekarang ni kita bukan hidup dalam generasi anak-anak sidek atau usop sontorian. Kita adalah generasi nobita yang sentiasa mengharapkan doraemon. 
– bilang seseorang.

12/01/2017

bukan soal parti politik.

“Hak kemenangan Islam itu hak Allah.” 
– TG Hj. Haron Din

11/01/2017

confusion

Confusion. (baca: kekeliruan)

Jangan terlampau manja duduk dalam jemaah dan kamu fikir kamu punya pengaruh.

10/01/2017

filosofi I

Buat yang punya pendapat gila-gila, tapi langsung ilmunya cuma tau memuatturun filem tempatan secara haram. Kah!

Filosofi dua mata, dua telinga dan satu mulut; banyak melihat, banyak mendengar dan jangan banyak bicara.

09/01/2017

daun I

“daun jugak punya rasa syukur.”

daun itu jugak makhluk yang punya Tuhan. *lebih kecil dari tiga*

seorang dilss ~

Kisah Pemuda yang Bertaqwa




















Kisah ini merupakan kisah benar diceritakan dalam kitab "Adaa'bul Muta'allimeen". Mengisahkan tentang seorang pemuda (Maulana Siddique Ahmed Saheb Mudda Zilluhu) yang sedang belajar di dalam masjid pada suatu malam. Dan pada malam tersebut, berlaku rusuhan di luar masjid. Lalu, masjid itu didatangi oleh seorang gadis yang ingin mencari tempat untuk berteduh seketika kerana bimbang berlaku apa-apa ke atas dirinya. (Kredit kepada pelukis komik.)

* aku pun ndak tau siapa pelukis komik tu~ ndak jumpa link dorang~ aku google jak ni komik~ huhu ~
* lagi satu, banyak lagi versi video-videonya tu di YouTube sana orang upload ~

08/01/2017

kembali ke garisan mula.

Ini ialah lembaran mula semula untuk belog ini.
Kalau kau rindu seorang dilss ~ kau skrol lah belog ni wahai kawan.

***

                     Belog ini sekadar contengan buat mengisi waktu lapang; contohnya menunggu pensyarah datang ke dewan kuliah atau menunggu kawan yang masuk ke tandas sambil menjadi rak penyimpanan barangnya tanpa bergaji sementara dia melabur dengan selesa (itu jugak amal gais tanpa kita sedar).

***

                 Kalau kau rasa masamu terbazir dengan membaca contengan ini; aku sarankan kau untuk terus skrol newsfeed laman muka bukumu dan carilah ilmu yang bukan bersumberkan Google semata-mata. Walaubagaimanapun, terima kasih sudi baca biar sikit. Semoga ada manfaatnya. Ceh!

***

DEDIKASI

Contengan ini buat seorang dilss ~ di masa depan; jadi nanti kau akan masih punya rasa malu dan jijik ke atas dirimu yang dulunya tetap mau saja terjun ke lembah hitam walau kau tau itu salah.


Buat umi dan abi; seorang chibi maruko chan pandai jugak menulis sebenarnya biar tulisannya yang sebenar cakar ayam. *lebih kecil dari tiga*

Yang suka menulis,
seorang dilss ~