My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

26/12/2016

mengejar pelangi.

. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .

[It's been a long time I have been writing in this very old blog of mine. 

As for now, I'll make this blog my personal life update. So that my family can get more update on my daily life. (trip femes kan seorang dils ini~)

Thus, for now, I love to share a short poem (mungkinlah~ macam sajak bagi seorang dils =^.^=) about the story about my life fro the past years since that last day I last blogging on 2014 if I am not mistaken.]



Seorang gadis.
Gadis yang berasal dari pulau.
Gadis itu bukanlah cuma gadis yg kebanyakan.
Yang cuma punya cita-cita untuk dibelai seorang lelaki sehingga akhir hayatnya.

Seorang gadis.
Gadis yang berasal dari pulau.
Gadis itu bukan berlatarbelakangkan keluarga-keluarga kebanyakan di era ini.
Yang mana semuanya punya banyak wang untuk menebang pokok-pokok demi kemajuan tamadun kononnya.

Seorang gadis.
Gadis pulau yang kini mengejar pelangi di sebuah bandar metropolitan.
Gadis itu percaya dengan mengejar pelangi dia bakal menggapai bahagia.
Yang mana baginya bahagia itu bukan sekadar mimpi-mimpi.
Tapi sebuah realiti buatnya angkut bersama kembali pulang ke pulau sana.

Seorang gadis.
Gadis yang berasal dari pulau.
Gadis itu punya cita-cita membangunkan anak bangsanya menjadi insan yang bertamadun.
Insan-insan yang sentiasa ber-Tuhan.

- Mengejar Pelangi hasil nukilan seorang dils.

[That's all for now. I'll try to blog new post regularly a month if I could. Thanks for spare some time to read this.]