My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

15/04/2014

ukhwah fillah

. . . Bismillahirrahmanirrahim . . .

. . . Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh . . .




bicara soal hijrah,

belum sampai 1 tahun kain itu aku guna menutupi wajahku
belum sampai 1 tahun aku melabuhkan pakaianku
belum sampai 1 tahun aku jatuh chenta dengan yang namanya dakwah
belum sampai 1 tahun aku belajar mengaji
belum sampai 1 tahun aku kenal mereka, tapi aku sayang mereka lillahi ta'ala
belum sampai 1 tahun aku belajar apa itu islam

tapi,

aku jatuh chenta dengan hijrah ini
aku jatuh chenta dengan yang Khalik
aku jatuh chenta dengan yang namanya inche dakwah
aku jatuh chenta dengan mereka yang menjadi wasilahNya untuk membawa aku ke jalan ini
aku jatuh chenta dengan yang namanya islam

bak kata ostad maulana
"al-ham-du-lil-lah"

andai aku jatuh, tergelincir, tersungkur,

mohon bantu aku, tegur aku, nasihati aku, dan saling memperingatkan,

untuk terus istiqamah, untuk qowiyy (kuat) dalam perjuangan ini

walaupun belum mampu jihad seperti para mujahidah di palestin, syria,
tapi, in sha Allah, aku berusaha untuk terus istiqamah jihad lillahi ta'ala walaupun hanya sekecil zarah jihad itu





“wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” 
(HR Bukhari & Muslim)




sayang kalian lillahi ta'ala :)


15jamadilakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

02/04/2014

poligami

. . . Bismillahirrahmanirrahim . . .

. . . Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh . . .




SOALAN

someone who must not be named cakap "poligami itu sunnah, tapi zaman ini jadi wajib, sebab akhir zaman perempuan lagi ramai dari lelaki. jadi mesti kawin 4 setiap lelaki ni."

bole ka hukum poligami itu berubah, cuma sebab alasan itu?

- - - - - - -

JAWAPAN

ostad hanif
- kalau bab munaqahat (perkahwinan / nikah) ni, ana tak boleh jawab dengan sepenuhnya, kerana ana bukanlah arif dalam benda-benda hukum ni kerana ada orang yang lagi arif ~ namun, tak salah untuk kita menimba ilmu, dan cuba sampaikan mana yang kita tahu dan berguru ~ cuba rujuk balik hukum perkahwinan tatkala jatuh, pada HARUS, HARAM, WAJIB ~ cuma poligami sebenarnya dia lebih kepada keperluan seseorang dan ilmu ~

ostad maha

"Apabila seorang hamba menikah,maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya."
(riwayat al-Baihaqi)

(kata ostad: untuk hukum nie pulak macam hanif cakap tadi ~ kita tidak arif untuk bicarakannya ~ kena-kena soal poligami nie ~ macam kita cakap juga tadi tu la dila ~ k ~)

ostad pendy
- hukum berkahwin itu boleh berubah mengikut keadaan

1) wajib kerana lelaki itu mampu memberi zahir dan batin kepada pasangannya dan ia juga bagi mengelakkan dari berlakunya zina

2) sunat lelaki itu boleh memberi nafkah zahir dan batin kepada pasangannya dan dia mampu mengawal diri daripada terjerumus dengan zina

3) makruh tidak mampu memberi nafkah zahir

4) harus pula tiada tuntutan yang mendesak untuknya berkahwin dan tiada sebab yang mengharamkannya berkahwin

5) haram tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin atau diyakini akan menzalimi pasangannya




walid ana
- hukum itu ndak berubah walaupun zaman berubah. tetap sama. (cth: masa semakin cepat berlalu, solat masih sama waktunya)

- poligami itu sunnah, ndak wajib

- kalau mau poligami rujuk balik hukum kahwin bagi seseorang itu (lelaki)

syarat berpoligami
- mantap islamnya (lelaki yang mau poligami tu)
- niat lillahi ta'ala
- mengelak fitnah untuk perempuan tu (cth: yang suda hilang dara sebelum berkahwin, janda, balu)
- membimbing (muallaf : rasulullah berkahwin dengan maria seorang non-muslim)
- melindungi (cth: balu ; zaman rasul banyak berperang jadi ramai suami-suami dorang syahid)

in sha Allah, semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat ;)
ana sokong poligami ~

27jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ