My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

29/03/2014

niqab

. . . Bismillahirrahmanirrahim . . .

. . . Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh . . .




masih ingat pandangan pertama ku pada mereka yang berniqab.
tertutup. tapi upload sana sini, dapat like sejuta.
"mau tunjuk solehah la tu. menyampah" *mata pandang ke langit*


masih ingat perasaan pertama bila tau famili rapat pakai niqab.
tertutup. alhamdulillah ndak pulak di upload. tapi solat zohor 5 minit lagi asar masuk.
"buat apa buat yang sunnah kalau wajib masih berani dilambat-lambatkan / ditinggalkan"


masih ingat bagaimana rasanya pertama kali berlaga pipi, cium dahi dengan kakak niqabi.
tertutup.

pertama kali bertemu kakak tu masa tunaikan solat dekat masjid bandar. sewaktu dia mengguna niqabnya selesai solat, dia senyum. memberi salam. lalu keluar dari masjid, melalui lorong-lorong kecil yang kurang sibuk, yang sedikit ajnabi. cepat-cepat aku kejar, menarik tangannya,

"kak, nama kakak siapa?"

"panggil saja kak maria"


setelah habis ta'aruf, dia sempat pesan,

"pakaian itu ndak menunjukkan solehahnya kita. tapi usaha itu, niat lillahi ta'ala. jangan menghukum / menghakimi orang dari fizikalnya. *letak tangan di dada* di sini cuma Allah yang tau. kita cuma mampu usaha, mintak dengan Dia, rajin-rajin berdoa. in sha Allah *senyum*"


siapa sangka, Allah bagi aku peluang untuk menggunakan sehelai kain itu, dan alhamdulillah, suda hampir lapan bulan aku menggunakannya. walaupun mendapat sedikit tentangan dan cacian, Allah kuatkan hatiku untuk menggunakannya :') terima kasih kak. rindu kakak. semoga Allah ketemukan kita lagi.


27jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ