My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

12/02/2014

solat lambat-lambat

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



ubat paling manang menghilangkan stress. 
solat.


tazkirah asar. melengah-lengahkan solat.
tazkirah dari kakak terchenta.

ada seorang budak ni selalu melengah-lengahkan solatnya.
dia menyelesaikan dulu urusan dunianya barulah dia menunaikan perintah Allah.

neneknya yang berumur sudah hampir 70 tahun mampu bangun di awal waktu untuk menunaikan solat subuh. neneknya membangkitkan dia dari tidurnya.
dia bangun dan menyediakan barang sekolahnya dahulu sebelum menunaikan solat subuh.
tinggal 15 minit sebelum syuruk baru dia menunaikan solatnya.

pada suatu hari, budak itu bertekad mau berubah menjadi lebih baik untuk Allah.
tapi, tinggal 15 minit lagi sebelum solat isyak. dia cepat-cepat menyarungkan telekungnya.
pada sujud yang terakhir itu dia sujud terlalu lama.

apabila dia bangun, dia berada di sebuah padang yang terdapat ramai orang berada dalam ketakutan.
apabila dia diambil untuk dimasukkan ke dalam api dia menjerit meminta tolong.
apabila jarak api itu hanya sejengkal dari dia, tiba-tiba datang seorang perempuan berpakaian serba putih. bersinar. perempuan itu menarik budak itu daripada api tersebut.

"siapa kau? kenapa kau lambat menyelamatkan aku?" 
"aku solatmu yang kau tunaikan." 
budak itu terdiam.
"kau selalu lambat-lambat menunaikanku. oleh itu, aku lambat-lambat menyelamatkanmu." 

:)




12rabiulakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ