My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

26/02/2014

rukun qauli

...Bismillahirrahmanirrahim 

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




rukun solat ada 13 kesemuanya.
daripada 13 rukun tersebut, terbahagi lagi kepada 3 rukun;
1. rukun qalbi (hati)
2. rukun qauli (lisan)
3. rukun fi'li (perbuatan)

ramai yang ketika solat tidak menunaikan RUKUN QAULI yakni mengeluarkan suara (tidak boleh suara nafas / berbisik) pada masa tertentu tidak kira lelaki atau perempuan, ia WAJIB ditunaikan.

mesti dengar bacaan dari lisan sendiri sampai ke telinga sendiri.
makruh kalau kuat sampai ganggu khusyuk orang lain.
kalau bisu, WAJIB gerakkan bibir.

RUKUN QAULI dalam solat (wajib dengar dari lisan sendiri)
1. takbiratul ihram yang pertama
2. al-fatihah (kesemua rakaat) makhrojal huruf, tajwid, harkat panjang pendek, dan dengungnya jugak kena jaga semuanya. kalau ragu-ragu akan dengung atau tidak, afdhol solat semula.
3. tahiyat akhir (tahiyat pertama ndak payah)
4. salam pertama

kalau ndak ditunaikan, TIDAK SAH solat. kalau ndak tahu, maka dimaafkan.




petikan dari tazkirah bersama walid terhcenta lillahi ta'ala dan jugak Ensiklopedia Solat keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. 


26rabiulakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ