My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

26/02/2014

rukun qauli

...Bismillahirrahmanirrahim 

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




rukun solat ada 13 kesemuanya.
daripada 13 rukun tersebut, terbahagi lagi kepada 3 rukun;
1. rukun qalbi (hati)
2. rukun qauli (lisan)
3. rukun fi'li (perbuatan)

ramai yang ketika solat tidak menunaikan RUKUN QAULI yakni mengeluarkan suara (tidak boleh suara nafas / berbisik) pada masa tertentu tidak kira lelaki atau perempuan, ia WAJIB ditunaikan.

mesti dengar bacaan dari lisan sendiri sampai ke telinga sendiri.
makruh kalau kuat sampai ganggu khusyuk orang lain.
kalau bisu, WAJIB gerakkan bibir.

RUKUN QAULI dalam solat (wajib dengar dari lisan sendiri)
1. takbiratul ihram yang pertama
2. al-fatihah (kesemua rakaat) makhrojal huruf, tajwid, harkat panjang pendek, dan dengungnya jugak kena jaga semuanya. kalau ragu-ragu akan dengung atau tidak, afdhol solat semula.
3. tahiyat akhir (tahiyat pertama ndak payah)
4. salam pertama

kalau ndak ditunaikan, TIDAK SAH solat. kalau ndak tahu, maka dimaafkan.




petikan dari tazkirah bersama walid terhcenta lillahi ta'ala dan jugak Ensiklopedia Solat keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. 


26rabiulakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

22/02/2014

kemungkaran

...Bismillahirrahmanirrahim 

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh





“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya (PERBUATAN),

sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya (PERKATAAN), dan sekiranya dia tidak mampu (juga),

maka dengan hatinya (MEMBENCI). Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan."

(riwayat Imam Muslim dalam sahihnya dari hadis Abu Said r.a)


22rabiulakhir1435
pemburu1415 




اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

20/02/2014

bertudung tidak wajib

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


 kredit


dress to please Allah, not His creations!
tunaikan perintah-Nya dengan ikhlas, in shaa Allah~

- - - - - - -
siapa kata pakai tudung tu wajib?
tutup aurat yang wajib!

lelaki pun ada aurat,
jadi mesti pakai tudung jugak ka untuk tutup aurat dorang tu?

- - - - - - -

"jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari auratnya (aurat tuannya). maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah aurat."
(hr al-Baihaqi)


20rabiulakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

15/02/2014

ikhtilat



...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


ikhtilat = pergaulan di antara lelaki dan perempuan ajnabi (bersukan, berurusan, belajar, dan banyak lagi lah.)

ramai orang ingat ikhtilat just when kita dalam real life,
tapi masuk alam maya, dia jadi tebalik.
dan semua pasal ikhtilat ni hilang.

berkongsi ilmu itu boleh.
tapi ada jugak benda yang kita kena jaga kan?
hati manusia ni berbolak-balik.

kalau mau curhat pun, biar sama yang lebih mantap.
yang boleh directly selesaikan masalah kita tu.
kenapa susah sangat mau becakap dengan Dia?

peringatan buat aku, kamu, dan kita semua. :)
aku sayang kamu kerana Allah.
sebab tu aku ingatkan.
biar nanti ada jodoh, kita jumpa. in sha Allah. ^_^


15rabiulakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

13/02/2014

anna althafunnisa

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


melihat perwatakan, gaya, dan caranya. aku yakin, dia baik. dia solehah. in sha Allah.
melihat paras rupanya. aku tau dia cantik bukan hanya pada luaran, malah dalaman. in sha Allah.
melihat dirinya walau belum pernah berjumpa, aku menanam cita-cita. untuk berjumpa dia. kelak. in sha Allah.

namanya Oki Setiana Dewi.
lahir di Batam, Kepulauan Riau pada 13 Januari 1989.
aku kenal dia melalui filem Ketika Cinta Bertasbih. dan bertitik tolak dari situ, aku mula mengambil tahu tentangnya.

- - - - - - -

chenta dia kerana Allah Ta'ala.
sebelum dia berkahwin, sehingga sekarang.




andai ada jodoh, teringin berjumpa dengan dia. :)
andai dia mau berniqab, saya doakan semoga dia kuat. semoga dia istiqamah. in sha Allah. amiin~




13rabiulakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

12/02/2014

solat lambat-lambat

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



ubat paling manang menghilangkan stress. 
solat.


tazkirah asar. melengah-lengahkan solat.
tazkirah dari kakak terchenta.

ada seorang budak ni selalu melengah-lengahkan solatnya.
dia menyelesaikan dulu urusan dunianya barulah dia menunaikan perintah Allah.

neneknya yang berumur sudah hampir 70 tahun mampu bangun di awal waktu untuk menunaikan solat subuh. neneknya membangkitkan dia dari tidurnya.
dia bangun dan menyediakan barang sekolahnya dahulu sebelum menunaikan solat subuh.
tinggal 15 minit sebelum syuruk baru dia menunaikan solatnya.

pada suatu hari, budak itu bertekad mau berubah menjadi lebih baik untuk Allah.
tapi, tinggal 15 minit lagi sebelum solat isyak. dia cepat-cepat menyarungkan telekungnya.
pada sujud yang terakhir itu dia sujud terlalu lama.

apabila dia bangun, dia berada di sebuah padang yang terdapat ramai orang berada dalam ketakutan.
apabila dia diambil untuk dimasukkan ke dalam api dia menjerit meminta tolong.
apabila jarak api itu hanya sejengkal dari dia, tiba-tiba datang seorang perempuan berpakaian serba putih. bersinar. perempuan itu menarik budak itu daripada api tersebut.

"siapa kau? kenapa kau lambat menyelamatkan aku?" 
"aku solatmu yang kau tunaikan." 
budak itu terdiam.
"kau selalu lambat-lambat menunaikanku. oleh itu, aku lambat-lambat menyelamatkanmu." 

:)




12rabiulakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

09/02/2014

jom qiamullail v.1

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



biar gambar berbicara :) 

klik sini untuk lagi banyak gambar.
klik sini untuk join group.
klik sini untuk like page kami.

in sha Allah, dakwah untuk ummah :)

p/s: gambar hak milik PSS Cawangan Semporna.


09rabiulakhir1435
pemburu1415

اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ