My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

01/01/2014

street dakwah

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


alhamdulillah, selesai tadi urusan ana, dengan usrati baru. :)
(mood guna ganti nama bahasa arab hari ni. sebab terlalu bahagia.)

sebelum ana teruskan menceritakan tentang pengalaman ana hari ni.
lagi bagus jika ana ta'aruf dengan kamu. :)
ana dila. 19 tahun. asli sabah. 
semporna, sabah. 


"ballighu 'anni walau ayah" 

sampaikan dari ku walau sepotong ayat 
(HR Bukhari) 

ballighu. sampaikan. 
alhamdulillah :)


Rakan Anak Muda Islam Semporna (RAMIS) 


baru-baru ni, macik ana yang terchenta, add ana dalam satu group dekat facebook. klik sini
walaubagaimanapun, ini bukan nama yang betul-betul sahih untuk group ni. masih dalam perbincangan.

mula-mula, ana yang berpikiran jumud ni pun pelik, group apa ka ini?
biasa la, zaman sekarang kita digempar-gempurkan dengan syiah dan wahabi.
ana cuma ambik langkah berjaga-jaga. siasat dulu betul-betul.
alhamdulillah, group itu ialah group dakwah islam untuk anak muda semporna.
sama ada yang penduduk asal, mahupun yang bermastautin.

program pertama yang group ni buat ialah edaran risalah.
Edaran Risalah Solat & Aurat di daerah Semporna pada 1 Januari 2014.
macik dan kazen ana datang ke ruma. tanya kalau ana mau join.

mula-mula ana takut jugak. ana takut kena tangkap polis.
mana tau dorang pikir kami buat perhimpunan haram. huhuhu. seram. 
selama ni keluar rumah, ana memang ndak bawa ic, tapi hari tu baru rajin cari ic.

lepas bincang dengan puan umi dan inche walid betul-betul (termasuk la ana jelaskan apa itu RAMIS. apa tujuan RAMIS. siapa ketua program tu nanti. sampai ke tahap siapa nenek ketua tu~) baru la dapat green light. hehe. alhamdulillah.

hari yang dinanti tiba. kami dibagi briefing dulu oleh inche haniff, ketua program.
lepas tu, ambik gambar semua, untuk update dekat usrah fb.

kami dibagi-bagikan kepada tiga group. milimewa. giant. floating.

ana dan macik bersama kazen terchenta dengan dua lagi ahli usrah baru ana, kami pilih floating.

alhamdulillah,
ta'aruf, pemberian risalah, penjelasan tentang solat dan aurat. semua diterima baik oleh rakyat semporna.

lepas tu kami solat zuhur dekat masjid daerah. lepas tu makan tengahari dan diskusi sedikit tentang program-program yang mendatang. in sha Allah.




ahli RAMIS untuk street dakwah yang pertama ;)




dekat milimewa




dekat floating :D





dekat jeti umum
(sepatutnya ada gambar dekat giant. tapi ndak tau la mana)



sampai jak rumah, semua ana cerita dekat orang rumah. 
hampa.

inche walid dan puan umi ndak sukak suda. takut-takut parti hijau. inche dan puan mama ndak benarkan ana ambik tau pasal politik. dan ana sendiri ndak tau pasal politik. kecuali belajar sejarah dan pengajian am jak. itu jak pengetahuan ana bab politik ni.

tapi ana sukak. banyak pengisian. dan sepanjang ana ikuti, ndak da satu pun menyentuh politik atau parti hijau, walaupun rata-rata ahlinya ialah penyokong kuat parti hijau.

group ni siok. tarbiyah on both sides.
dua-dua dapat income.
pendakwah dan mad'u.

group ni kira tolong jugak la gunakan masa ana sebaik mungkin daripada duduk terperap dalam rumah. doakan inche walid dan puan umi benarkan ana ikut gerakan group ni.

in sha Allah, sebarang perkongsian tentang aktiviti RAMIS akan ana update jugak dibelog ini dari masa ke semasa. jemput semua join group RAMIS dekat fb ya :)

p/s:
- kalau ana ada masa ana update ya pasal risalah tu pulak ^_^
- gambar hak milik ana, group RAMIS dan jugak inche haniff.


29safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ