My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

08/01/2014

suami isteri

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. 
ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. 
tapi alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. 

orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. 
ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. 
tenang ini bukan boleh beli di market, tetapi ia datang daripada Allah swt 
hidup ni kena serikan juga dengan gurau senda. 

kadang-kadang silap faham kita bila tok lebai bergurau dgn isterinya, kita kata bukan-bukan kononnya tak layak bagi tok lebai bergurau senda hatta dgn isterinya. 
ni silap besar menyebabkan hidup ini tidak rasa seri."

petikan kuliah tuan guru nik aziz nik mat di medan ilmu, 28 mei 2010




- - - - - - -


post ini ndak menunjukkan ana sokong parti bendera hijau, mahupun anti kerajaan.
cuma untuk perkongsian kepada pasangan suami isteri pada hari ini.
perkahwinan itu merupakan ibadah, tanggungjawab suami isteri itu perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

suami yang membiarkan isterinya tidak menutup aurat, keluar tanpa meminta izin, tidak melayan suaminya dengan baik, suami yang takut isteri, itu semua salah. itu dayus namanya.

isteri pula yang bertabarruj bukan saja untuk suaminya tetapi mengharapkan pujian orang lain, tidak menjaga ikhtilatnya, tidak menunaikan perintah wajib, itu salah. itu nusyuz namanya.

kepada yang masih muda seperti ana, jangan fikir dulu tentang kahwin sehingga sempurna dan mampu dari semua segi, yakni fizikal, rohani, kewangan, dan agama yang lebih mantap. untuk sekarang, ada baiknya kita tingkatkan dulu rasa chenta kepada pemilik chenta.

wallahu 'alam :)


06rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ