My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

26/01/2014

perasmian pss semporna

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



 
alhamdulillah, selesai sudah perasmian Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Semporna tadi pagi :)
ana lambat datang, urus makanan untuk majlis tu. tolong apa yang patut.
sampai-sampai jak, jam 11 sudah. tolong sediakan untuk juadah.
lepas tu, ada usrah sikit.

target yang datang perasmian tu around 60 orang, tapi sebab group ni masih baru di daerah Semporna yang terchenta ini, maka group ini ndak terkenal lagi, masih ramai yang was-was untuk join adventure, around 40 orang jak la yang datang.
alhamdulillah, juadah disediakan semua ok. tapi berlebih.
juadah lebih, kami sedekahkan. :)

ok, sungguh lame post ini rasanya. hmm :/
ndak pa, Allah uji kesabaran ini. in sha Allah semoga dipermudahkan.

sebelum ana berhenti menulis, ana kongsikan di sini gambar-gambar sekitar majlis perasmian tadi :)







Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Semporna

sebelum terlupa, PSS Cawangan Semporna in sha Allah akan mengadakan kempen "One Day, One Juz" bermula awal februari ni. siapa-siapa yang berminat boleh la terus bertanya kepada admin group PSS Cawangan Semporna. inche din ^_^ 


p/s:
- gambar ana ndak da, ada urusan terpaksa balik lepas perasmian tu. huhuhu :(
- gambar hak milik PSS Cawangan Semporna dan jugak inche haniff.


24rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

24/01/2014

pss cawangan semporna

masih ingat post ana pasal street dakwah hari tu? 
kalau lupa rajin-rajin la cari ya ;) ok klik sini

alhamdulillah, walaupun puan umi dengan inche walid kurang bagi support ana join group tu, tapi both king and queen terchenta tetap benarkan jugak ana join. :)




...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


hari tu, perjumpaan pertama ahli-ahli group tu.
kami rancang mau buat street dakwah kali kedua.
ana buat risalah pasal solat.

tapi, Allah lebih tau. street dakwah tu terpaksa tunda dulu.

...

lepas tu, masa perjumpaan kali kedua sekaligus perbincangan untuk menjadikan group ni bernaung di bawah persatuan siswazah sabah (pss).
biar orang lebih yakin dengan group ni :) in sha Allah. amiin.

tapi ana ndak dapat datang, ambik ukhti zahra yang terchenta pi airport. ;) rindu dengan dia. huhuhu

...

seminggu lepas tu kalau ana ndak salah, kami buat lagi perjumpaan. baru jak tadi.
alhamdulillah, sekarang group ni secara rasminya bernaung di bawah pss.
sekarang nama group ni dari Kembara Dakwah Anak-Anak Semporna ke Rakan Anak Muda Islam Semporna dan sekarang Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Semporna. klik sini

tadi kami bincang pasal majlis perasmian persatuan ni.
in sha Allah hari ahad ni majlis tu. semoga Allah permudahkan. amiin.


 inilah ahli-ahli yang dapat hadir masa perjumpaan pertama hari tu. 
yang lain semua masih lagi belum balik semporna masa tu.


 ini perjumpaan kali kedua.
ana ndak dapat join :(

...
 
yang ini pula tadi petang. baru jak ^_^
kami buat perjumpaan dekat Masjid Daerah Semporna.





p/s:
- pasal risalah, in sha Allah, kalau ada masa ana update :D
- gambar hak milik ana, PSS Cawangan Semporna, inche din dan jugak inche haniff.


22rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

12/01/2014

dakwah

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



tazkirah maghrib. dakwah.


walid kata;

kalau kamu mau ilmu kamu sentiasa bertambah,
sebarkan dan sampaikan kepada orang lain.

selagi ada kudrat,
sebarkanlah dakwah.

andai khilaf,
perbetulkan,
tegur, dan nasihat.

tiada insan yang sempurna.
sebab itu Allah cipta peringatan,
untuk saling mengingatkan,
bukan saling menjatuhkan sesama saudara sendiri.


:)


10rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

10/01/2014

tarbiyah


...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


tarbiyah.
tarbiyah bukan cuma pasal "kau ceramah aku, aku ceramah kau."
cuba kita lihat dunia sebenar, dan itu baru tarbiyah.
didik hati. mau ingat sendili maa~

bacalah al-Quran.
jangan biar al-Quran berhabuk.
itukan surat chenta dari Allah.
online berjam-jam ndak pun penat, kan?

cuba luangkan masa untuk membaca bahan ilmiah.
cuba besok ndak bermuka buku, pengicau, dan semua yang namanya online.
kamu akan sedar, 24 jam itu lama.
banyak perkara yang lebih bermanfaat kita boleh buat.

hati ini dahagakan tarbiyah.


08rabiulawal1435
pemburu1415


 اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

gambar

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
 
 
Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

(An-Nisaa' 4:38)



tadi main instagram.
walid nampak 'gambar-gambar comel' yang telah diupload oleh pemilik akaun instagram dan orang-orang yang di follow.
yang bertudung labuh, yang berniqab, yang berjubah, yang berserban, semua gambar memang comel-comel. banyak kali tekan 'love'.

walid tanya,
"best ka orang tengok gambar tu?
best ka ramai love-love gambar tu?"

senyap.

"banyak lagi kan akaun kakak?
facebook, blogger, twitter ada?
banyak letak gambar ka?"

walid kata jangan upload gambar.
satu sudah cukup, asal orang tau itu kita.
atau lagi bagus cuba la pakai nama betul tu. ndak payah susah-susah mau upload gambar.

hee~ :3

kata walid lagi,
"tertutup atau ndak, takut jadi riak, takbur, dan fitnah. lelaki atau perempuan sama jak. kita sayang siapa, diri kita ini, atau pencipta kita?"

berpikir kejap.

walid kata,
"simpan jak. biar kita-kita jak tengok. kami semua love 1000x, like 1000x jugak gambar kakak tu. walid peminat nombor satu kakak."

senyum.
peluk walid macam panda.

ok kakak sayang walid dengan kelajuan kilat. :')


08rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

09/01/2014

Dia melihat

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




jangan ambik kisah sangat apa yang orang cakap pasal kita
kalau kisah sangat, kita jugak yang susah hati nanti
dorang pulak? happy jak la bah!

jadi, rileks
buat cool macam makan ais krim
do your own things
keep your faith on

everything will be alright
in sha Allah
senyum :)

siapa olok kita di belakang, kelak pasti ada balasannya
kita ndak da mata dekat belakang, tapi kita yakin ada yang melihat
Allah itu Maha Melihat

so, behave yourself!

niat baik, cakap baik, fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik jak
in sha Allah, syurga menanti kelak :)


07rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

08/01/2014

suami isteri

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. 
ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. 
tapi alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. 

orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. 
ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. 
tenang ini bukan boleh beli di market, tetapi ia datang daripada Allah swt 
hidup ni kena serikan juga dengan gurau senda. 

kadang-kadang silap faham kita bila tok lebai bergurau dgn isterinya, kita kata bukan-bukan kononnya tak layak bagi tok lebai bergurau senda hatta dgn isterinya. 
ni silap besar menyebabkan hidup ini tidak rasa seri."

petikan kuliah tuan guru nik aziz nik mat di medan ilmu, 28 mei 2010




- - - - - - -


post ini ndak menunjukkan ana sokong parti bendera hijau, mahupun anti kerajaan.
cuma untuk perkongsian kepada pasangan suami isteri pada hari ini.
perkahwinan itu merupakan ibadah, tanggungjawab suami isteri itu perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

suami yang membiarkan isterinya tidak menutup aurat, keluar tanpa meminta izin, tidak melayan suaminya dengan baik, suami yang takut isteri, itu semua salah. itu dayus namanya.

isteri pula yang bertabarruj bukan saja untuk suaminya tetapi mengharapkan pujian orang lain, tidak menjaga ikhtilatnya, tidak menunaikan perintah wajib, itu salah. itu nusyuz namanya.

kepada yang masih muda seperti ana, jangan fikir dulu tentang kahwin sehingga sempurna dan mampu dari semua segi, yakni fizikal, rohani, kewangan, dan agama yang lebih mantap. untuk sekarang, ada baiknya kita tingkatkan dulu rasa chenta kepada pemilik chenta.

wallahu 'alam :)


06rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

07/01/2014

kerajaan

tadi pagi, sebelum walid pi kerja. walid sempat bagi tazkirah sikit.
ana kongsikan dekat sini, biar sama-sama kita tambah ilmu.
semoga bermanfaat ya. :)


...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


tazkirah pagi. kerajaan.

Allah berfirman;
"... milik-Nya lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu ..."
(al-Hadiid, 57:2)

fikir.
milik siapakah dunia hari ini?
kepada siapakah yang kita sembah, taat, dan patuh?
sedangkan, Allah itu memiliki kerajaan langit dan bumi.

persoalannya,
di manakah kerajaan Allah diletakkan di atas muka bumi pada hari ini?
di manakah undang-undang Allah diletakkan di atas muka bumi pada hari ini?
undang-undang siapakah yang kita taat dan patuh pada hari ini?
dan di manakah ketaatan dan ketundukan kepada kerajaan Allah pada hari ini?

Allah telah perintahkan kepada kita;
"... sembahlah Allah dan ingkarilah taghut! ..."
(al-Nahl, 16:36)

Allah itu adalah PEMERINTAH kita,
kenapa kita perlu tunduk dan taat kepada pemerintah selain;

al-Malik (Maha Merajai/ Menguasai/ Pemerintah; iaitu yang mengatur kerajaan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya sendiri)

dan,

Maalikul Mulk (Maha Pemilik Kekuasaan/ Maha Menguasai Kerajaan/ Pemilik Kedaulatan Yang Kekal)

adakah kita menyembah Allah hanya didalam solat?
seusai solat, kita kembali memperhambakan diri dalam sistem ciptaan kerajaan kafir taghut (pemerintahan, ekonomi, kewangan, dll.) itu, yang semuanya bukan daripada Islam dan bukan daripada perintah Allah.

itu adalah syirik. kerana kita menyembah Allah dalam masa yang sama kita mengambil sistem kerajaan kafir taghut itu sebagai amalan harian kita.

persoalannya,
adakah kita boleh mengerjakan solat tanpa menyebut Allahu Akbar? tidak bukan.

begitu juga dengan kerajaan Allah (khilafah) yang mengambil Allah sebagai al-Akbar.
tetapi pada hari ini, tiada seinci pun di dunia ini yang mengambil Allah sebagai al-Akbar kecuali dalam solat. na'uzubillah.

fikirkan.

Allah berfirman;
"... dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? lalu berita mana lagi setelah ini mereka percayai? ..."
(al-'Araaf, 7:185)




salam dhuha :)


05rabiulawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

01/01/2014

street dakwah

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


alhamdulillah, selesai tadi urusan ana, dengan usrati baru. :)
(mood guna ganti nama bahasa arab hari ni. sebab terlalu bahagia.)

sebelum ana teruskan menceritakan tentang pengalaman ana hari ni.
lagi bagus jika ana ta'aruf dengan kamu. :)
ana dila. 19 tahun. asli sabah. 
semporna, sabah. 


"ballighu 'anni walau ayah" 

sampaikan dari ku walau sepotong ayat 
(HR Bukhari) 

ballighu. sampaikan. 
alhamdulillah :)


Rakan Anak Muda Islam Semporna (RAMIS) 


baru-baru ni, macik ana yang terchenta, add ana dalam satu group dekat facebook. klik sini
walaubagaimanapun, ini bukan nama yang betul-betul sahih untuk group ni. masih dalam perbincangan.

mula-mula, ana yang berpikiran jumud ni pun pelik, group apa ka ini?
biasa la, zaman sekarang kita digempar-gempurkan dengan syiah dan wahabi.
ana cuma ambik langkah berjaga-jaga. siasat dulu betul-betul.
alhamdulillah, group itu ialah group dakwah islam untuk anak muda semporna.
sama ada yang penduduk asal, mahupun yang bermastautin.

program pertama yang group ni buat ialah edaran risalah.
Edaran Risalah Solat & Aurat di daerah Semporna pada 1 Januari 2014.
macik dan kazen ana datang ke ruma. tanya kalau ana mau join.

mula-mula ana takut jugak. ana takut kena tangkap polis.
mana tau dorang pikir kami buat perhimpunan haram. huhuhu. seram. 
selama ni keluar rumah, ana memang ndak bawa ic, tapi hari tu baru rajin cari ic.

lepas bincang dengan puan umi dan inche walid betul-betul (termasuk la ana jelaskan apa itu RAMIS. apa tujuan RAMIS. siapa ketua program tu nanti. sampai ke tahap siapa nenek ketua tu~) baru la dapat green light. hehe. alhamdulillah.

hari yang dinanti tiba. kami dibagi briefing dulu oleh inche haniff, ketua program.
lepas tu, ambik gambar semua, untuk update dekat usrah fb.

kami dibagi-bagikan kepada tiga group. milimewa. giant. floating.

ana dan macik bersama kazen terchenta dengan dua lagi ahli usrah baru ana, kami pilih floating.

alhamdulillah,
ta'aruf, pemberian risalah, penjelasan tentang solat dan aurat. semua diterima baik oleh rakyat semporna.

lepas tu kami solat zuhur dekat masjid daerah. lepas tu makan tengahari dan diskusi sedikit tentang program-program yang mendatang. in sha Allah.




ahli RAMIS untuk street dakwah yang pertama ;)




dekat milimewa




dekat floating :D





dekat jeti umum
(sepatutnya ada gambar dekat giant. tapi ndak tau la mana)



sampai jak rumah, semua ana cerita dekat orang rumah. 
hampa.

inche walid dan puan umi ndak sukak suda. takut-takut parti hijau. inche dan puan mama ndak benarkan ana ambik tau pasal politik. dan ana sendiri ndak tau pasal politik. kecuali belajar sejarah dan pengajian am jak. itu jak pengetahuan ana bab politik ni.

tapi ana sukak. banyak pengisian. dan sepanjang ana ikuti, ndak da satu pun menyentuh politik atau parti hijau, walaupun rata-rata ahlinya ialah penyokong kuat parti hijau.

group ni siok. tarbiyah on both sides.
dua-dua dapat income.
pendakwah dan mad'u.

group ni kira tolong jugak la gunakan masa ana sebaik mungkin daripada duduk terperap dalam rumah. doakan inche walid dan puan umi benarkan ana ikut gerakan group ni.

in sha Allah, sebarang perkongsian tentang aktiviti RAMIS akan ana update jugak dibelog ini dari masa ke semasa. jemput semua join group RAMIS dekat fb ya :)

p/s:
- kalau ana ada masa ana update ya pasal risalah tu pulak ^_^
- gambar hak milik ana, group RAMIS dan jugak inche haniff.


29safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

di mana malu kita?

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 Islam datang dalam keadaan asing.
Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.
(HR Muslim)
 
 
 

kenapa malu mu semakin kurang?


masa kecik-kecik dulu, nampak mereka yang menurut perintah Allah,
kita tunduk. malu. segan.
kerana kita sedar, kita masih . . . . .

zaman sekarang, nampak mereka yang menurut perintah Allah,
kita makin dekat. menegur mereka. dengan salam dan senyuman yg ndak ikhlas.
kenapa?
kerana kita hilang rasa takut kepada Yang Memiliki dan Menciptakan kita.

:'(


tadi pi makan, dengan usrati terchenta, macik dan kazen yang paling comel :)

sungguh, orang-orang yang lalu di tempat kami makan, ndak da rasa . . . . .
mereka menegur, tanpa ikhlas.
malah ada yang membagi salam, malah ada yang menyebut ayat yang saya sendiri ndak pasti apa, malah ada yang melihat dgn berasa hairan.


apa pelik menurut perintah Allah itu?
apa lucu mempermainkan agama sendiri?
apa kamu pikir kami bahagia melihat saudara sendiri yang jauh dari kami?

:'(


saya ndak bilang saya bijak agama.
saya masih mencari, masih belajar.
dan cara saya yang begini, cuma untuk mendekatkan diri kepada Allah,
untuk belajar menchentai Dia dengan hati yg ikhlas.


apa kamu bilang itu salah?
apa kamu bilang itu ketinggalan zaman?
apa kamu bilang kita berani dengan azabNya nanti?


aku mau bersama kita berpimpinan tangan, untuk lebih dekat dengan Dia,
bukan saling menjauh, dan mementingkan diri sendiri untuk menjulang kejayaan sendiri.
kelak.

jika aku salah, kamu tolong perbetulkan.
tegur aku. nasihati aku.

in sha Allah, aku akan buat yang sama kepada kamu.
untuk merasa kemanisan chentaNya bersama.

:')

aku sayang kamu lillahi ta'ala wahai sahabat <3


29safar1435
pemburu1415


 اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ