My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

14/08/2014

menjadi 16

. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .




a moment with them :")

ayat org bukit la paling ~ ~ ~
"dapat jugak lepas rindu dgn kamu"
TT___TT

ahad ni ??
konpiyus ~
cancel atau mcm mana ??

i love them.
but i love them more.

sekian.
beta konpiyus.
mau jadi hermione skrg ni.

---

for the lovely birthday suprise. xank u :* terharu iols dgn uols ~ hadiahny comel ~ sungguh byk moment kitam bersama dari 1994-2014 moga sampai sorga ~ amiin ~~ aku syg kamu semua tahap makan tompek panas" dgn ikan bakar dgn peladahan dgn latok :3 :3 :3

♡ ♡ ♡

a word can't describe how happy and thankful I am for having you guys in my life.

*pelukan barney sampai sesak nafas* :3

143 I LOVE YOU :*

terima kasih menjadi kek keju leleh dalam hidup ku ^______^

---

in sha Allah nanti ada kad jemputan sampai pi kamu ;) doakan ya :3


11syawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

09/08/2014

takut

. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .

sebenarnya kita ni takut dgn siapa ??

"jemaah tu kami ndak join sbb dorg bilang jemaah tu ndak bole kapel" ndak bole merokok"

jemaah tu diwujudkan utk membetulkan fikrah kita. yg ndak suru kapel" ndak suru merokok dan sewaktu dgn-nya suda lama tertulis dalam kalam Allah yakni kitab al-Quran.

Allah melarang kita mendekati zina.
Allah melarang kita makan benda yg ndak halalan toyyiba.

join jemaah itu bukannya terus kamu dimarah dimaki diherdik.
in sha Allah kita semua sama. manusia biasa. ndak pernah lari dari dosa. jemaah itu cuma utk mengingatkan klu silap dan kita berpimpinan bersama kejar redha Allah.

:")


13syawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

06/08/2014

alasan

. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .



tazkirah tiba-tiba.
untuk aku.

kalau kita nmpak sorga dan pahala itu ~ ndak mungkin kita duduk-duduk smbil minum air oren dan bagi 1000 alasan kalau urusan mengejar redha Allah :) kalau betul-betul kita join jemaah ni kerana Allah, kalau betul-betul niat kita mendapat tarbiyah untuk jadi yang lebih baik di depan Ya Rabb, mana mungkin kita bagi 1000 alasan ~ mesti kita usaha :) jangan kata ndak bole dakwah kalau ada komitmen yang lain ~ ustazah fatimah syarha suda bernikah punya anak lagi seorang lecturer dan isteri dan anak perempuan lagi tapi masi mampu dakwah :)

okke ini iklan ~ abaikan karangan bi-hem budak upsr yang gagal ni :3

bila di suru solat di situ la mencari alasan mau pi tandas la mau makan la.
bila di suru pi mengaji kelas free di masjid alasan ndak da kereta ndak da duit buat tambang.

sekian. iklan mohon taubat TT___TT

gaza, syria, rohingya, mesir, thailand ndak pernah punya alasan mau lari dari tempat lahir dorg. dorg lebih rela syahid dari lari mengejar dunia.


10syawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

05/08/2014

lembaga hitam

. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .




hantu :3

blackout. serba hitam.

tertutup bukan bermaksud aku sempurna.
tertutup bukan bermaksud aku alim soal agama.
tertutup bukan bermaksud aku manusia tanpa dosa dan ndak pernah buat dosa.
tertutup bukan kerana terpaksa dan dipaksa.
tertutup ndak menjadikan aku calon terbaik utk bakal ibu kpd anak"mu.

tertutup itu indah.
tertutup itu chenta. kepada Yang Khaliq.
:")

aku jugak insan biasa persis seperti kamu.
aku jugak punya lubuk jahiliyyah.
aku jugak banyak kekurangan.

mungkin aku jauh lebih jahat dari kamu.

sebab itu Allah cipta peringatan, teguran, dan nasihat.
untuk kita saling mengingatkan, menegur, dan menasihati.
bukan saling menjatuhkan.

memang kamu mau masuk sorga sendiri ??

---

utk bella, mimi, adek mimi, umi pacik maha, pacik maha, kak nani, adam, sandra, baby ::

♡ ♡ ♡
sayang kamu semua lillahi ta'ala :")
maaf datang tiba"
syukran, jazakallahu khairan kathiran untuk makanannya ^^
in sha Allah, nanti queen elsa datang lagi :3

***
bella kaka sukak gambar ni :3 :3 :3 mcm timull :p :p :p kan mimi ^_^ ^_^ ^_^


09syawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

11/07/2014

palestine will be free


. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .

Ayuh sama-sama kita cakna dengan isu Palestin dan isu ummah yang lainnya. Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana.

Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta dan bukannya auta. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pon tidak.

Paling koman, kita boleh menembakkan doa buat mereka ini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, habiskan sedikit masa untuk mendoakan khusus buat mereka ini. Moga doa-doa kita diangkat setinggi-tingginya dan sampai kepadaNya; moga menjadi alasan untuk kita semua apabila dipersoalkan di akhirat kelak.

kopi dan pasta dari inche gabbana.


13ramadhan1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

03/07/2014

rattuk. jai.

. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .




so the time has come when I woke up for Fajr on the 1st of Ramadhan saai ka tandakku ma lumak.

jari pahap ka ma pangiskulan ru da a ka mag tangis tangis. da a ka mag futsol sadja bah rattuk. ka a ru paling hensem mareyom atai ku :p anganad ka pahap.

out from your comfort zone and atuli na ka maka kamemon mundusiyak. aniyak du mundusiyak ajalu maka piddik atai and all that tabag nu soon to be. aniyak du ahap. jari pandai" naka amenek sehek. okke semoga ka qowiyy.

not forgotten aniyak du mundusiyak mag trep sadja jari bang tandak nu mundusiyak batehek tui papas nu maka piddik atai sadja. okke good luck ka rattuk.

** a tau na kaka dila kan hilling badjau rattuk :3
*** okke, sebenarnya kami rindu kamu dua horang budak asrama :'(


05ramadhan1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

29/05/2014

bersangka baik

. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .


menjadikan kesalahan seseorang itu sebagai pengajaran atau teguran untuk kita, boleh. tapi jangan disebut siapa orangnya. cukuplah kita kongsi saja apa kesalahannya itu.

yang kita benci itu kesalahannya, bukan pelakunya. tapi bimbing pelakunya, bawa bersama masuk sorga, bukan sama" saling menjatuhkan mau masuk neraka.

satu melakukan kesalahan (aib).
satu menunjukkan aib itu.

jangan la sebut namanya atau printscreen postnya atau share gambarnya. cukup dengan kita menyebut kesalahannya itu saja. sama" ambik iktibar, bukan sama" tambah dosa.

memang kita pikir kita hebat suda ? konfem ahli sorga suda ka ?
mungkin, kita jauh lebih jahil dari dorang.
TT_______TT na'udzubillahi min dzalik.



29rejab1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

habuk terbang ~




. Bismillahirrahmanirrahim .

. . Assalamualaikum warahmatullahi ta'alwabarakatuh . . .


coklat itu ada kandungan khinzir. terus semua heboh mau bagitau haram makan semua produk keluarannya.

atlet main bola tangkis tu gagal bagi kemenangan untuk negaranya. terus semua heboh bilang besyukur jadi rakyat negara itu.

pernah baca al-Quran ??

sana banyak surat chenta dari Allah yg menyebut ttg benda haram dan halal (bukan cuma makanan) ~

sana jugak banyak surat chenta dari Allah yg menyebut ttg nikmat yg kita dapat secara percuma ~

:')


29rejab1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

15/04/2014

ukhwah fillah

. . . Bismillahirrahmanirrahim . . .

. . . Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh . . .




bicara soal hijrah,

belum sampai 1 tahun kain itu aku guna menutupi wajahku
belum sampai 1 tahun aku melabuhkan pakaianku
belum sampai 1 tahun aku jatuh chenta dengan yang namanya dakwah
belum sampai 1 tahun aku belajar mengaji
belum sampai 1 tahun aku kenal mereka, tapi aku sayang mereka lillahi ta'ala
belum sampai 1 tahun aku belajar apa itu islam

tapi,

aku jatuh chenta dengan hijrah ini
aku jatuh chenta dengan yang Khalik
aku jatuh chenta dengan yang namanya inche dakwah
aku jatuh chenta dengan mereka yang menjadi wasilahNya untuk membawa aku ke jalan ini
aku jatuh chenta dengan yang namanya islam

bak kata ostad maulana
"al-ham-du-lil-lah"

andai aku jatuh, tergelincir, tersungkur,

mohon bantu aku, tegur aku, nasihati aku, dan saling memperingatkan,

untuk terus istiqamah, untuk qowiyy (kuat) dalam perjuangan ini

walaupun belum mampu jihad seperti para mujahidah di palestin, syria,
tapi, in sha Allah, aku berusaha untuk terus istiqamah jihad lillahi ta'ala walaupun hanya sekecil zarah jihad itu





“wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” 
(HR Bukhari & Muslim)




sayang kalian lillahi ta'ala :)


15jamadilakhir1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

02/04/2014

poligami

. . . Bismillahirrahmanirrahim . . .

. . . Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh . . .




SOALAN

someone who must not be named cakap "poligami itu sunnah, tapi zaman ini jadi wajib, sebab akhir zaman perempuan lagi ramai dari lelaki. jadi mesti kawin 4 setiap lelaki ni."

bole ka hukum poligami itu berubah, cuma sebab alasan itu?

- - - - - - -

JAWAPAN

ostad hanif
- kalau bab munaqahat (perkahwinan / nikah) ni, ana tak boleh jawab dengan sepenuhnya, kerana ana bukanlah arif dalam benda-benda hukum ni kerana ada orang yang lagi arif ~ namun, tak salah untuk kita menimba ilmu, dan cuba sampaikan mana yang kita tahu dan berguru ~ cuba rujuk balik hukum perkahwinan tatkala jatuh, pada HARUS, HARAM, WAJIB ~ cuma poligami sebenarnya dia lebih kepada keperluan seseorang dan ilmu ~

ostad maha

"Apabila seorang hamba menikah,maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya."
(riwayat al-Baihaqi)

(kata ostad: untuk hukum nie pulak macam hanif cakap tadi ~ kita tidak arif untuk bicarakannya ~ kena-kena soal poligami nie ~ macam kita cakap juga tadi tu la dila ~ k ~)

ostad pendy
- hukum berkahwin itu boleh berubah mengikut keadaan

1) wajib kerana lelaki itu mampu memberi zahir dan batin kepada pasangannya dan ia juga bagi mengelakkan dari berlakunya zina

2) sunat lelaki itu boleh memberi nafkah zahir dan batin kepada pasangannya dan dia mampu mengawal diri daripada terjerumus dengan zina

3) makruh tidak mampu memberi nafkah zahir

4) harus pula tiada tuntutan yang mendesak untuknya berkahwin dan tiada sebab yang mengharamkannya berkahwin

5) haram tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin atau diyakini akan menzalimi pasangannya




walid ana
- hukum itu ndak berubah walaupun zaman berubah. tetap sama. (cth: masa semakin cepat berlalu, solat masih sama waktunya)

- poligami itu sunnah, ndak wajib

- kalau mau poligami rujuk balik hukum kahwin bagi seseorang itu (lelaki)

syarat berpoligami
- mantap islamnya (lelaki yang mau poligami tu)
- niat lillahi ta'ala
- mengelak fitnah untuk perempuan tu (cth: yang suda hilang dara sebelum berkahwin, janda, balu)
- membimbing (muallaf : rasulullah berkahwin dengan maria seorang non-muslim)
- melindungi (cth: balu ; zaman rasul banyak berperang jadi ramai suami-suami dorang syahid)

in sha Allah, semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat ;)
ana sokong poligami ~

27jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

29/03/2014

niqab

. . . Bismillahirrahmanirrahim . . .

. . . Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh . . .




masih ingat pandangan pertama ku pada mereka yang berniqab.
tertutup. tapi upload sana sini, dapat like sejuta.
"mau tunjuk solehah la tu. menyampah" *mata pandang ke langit*


masih ingat perasaan pertama bila tau famili rapat pakai niqab.
tertutup. alhamdulillah ndak pulak di upload. tapi solat zohor 5 minit lagi asar masuk.
"buat apa buat yang sunnah kalau wajib masih berani dilambat-lambatkan / ditinggalkan"


masih ingat bagaimana rasanya pertama kali berlaga pipi, cium dahi dengan kakak niqabi.
tertutup.

pertama kali bertemu kakak tu masa tunaikan solat dekat masjid bandar. sewaktu dia mengguna niqabnya selesai solat, dia senyum. memberi salam. lalu keluar dari masjid, melalui lorong-lorong kecil yang kurang sibuk, yang sedikit ajnabi. cepat-cepat aku kejar, menarik tangannya,

"kak, nama kakak siapa?"

"panggil saja kak maria"


setelah habis ta'aruf, dia sempat pesan,

"pakaian itu ndak menunjukkan solehahnya kita. tapi usaha itu, niat lillahi ta'ala. jangan menghukum / menghakimi orang dari fizikalnya. *letak tangan di dada* di sini cuma Allah yang tau. kita cuma mampu usaha, mintak dengan Dia, rajin-rajin berdoa. in sha Allah *senyum*"


siapa sangka, Allah bagi aku peluang untuk menggunakan sehelai kain itu, dan alhamdulillah, suda hampir lapan bulan aku menggunakannya. walaupun mendapat sedikit tentangan dan cacian, Allah kuatkan hatiku untuk menggunakannya :') terima kasih kak. rindu kakak. semoga Allah ketemukan kita lagi.


27jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

salam tanpa lafaz

. . . Bismillahirrahmanirrahim . . .

. . . Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh . . .




[perkongsian ilmu tadi]


apa hukum jawab salam melalui sms/mesej online/chatting/komen?


jawapan dari ostad maha
- jawapan untuk persoalan ini sudah banyak ulama jawab ~ banyak pendapat ~ ada ulama kata wajib dan ada yang kata sunat ~ ada ulama kata wajib, tapi jawab mengikut apa yang ditanya ~ ada jugak ulama kata sunat sebab tidak berempat mata (yakni face-to-face) ~ [kata ostad; nanti ana cri blik. . .]
(sumber: informasi dan bahan bacaan yang pernah beliau baca)
- klik sini untuk lebih lanjut

jawapan dari ostad rusdi (panjang sungguh, syukran ostad :3 )
- "Bahawa seorang lelaki bertanya kepada baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam: "Apakah islam yang baik?" Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam: "Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal."
(hr ibnu umar)

- ada tiga rukun salam
1. orang yang memberi salam
2. orang yang diberi salam kepadanya
3. lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawab salam

- hukum memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib




kesimpulannya, bila ada orang memberi salam tanpa lafaz (yakni bertaip atau bertulis) cara menjawabnya mestilah dengan lafaz (yakni kalau ndak mau taip atau tulis pun ndak pa). in sha Allah, semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu kita lagi ^_^ untuk kedua-dua ostad, syukran jazakumullahu khairan kathiran ^_^


27jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

28/03/2014

in sha Allah vs janji

...Bismillahirrahmanirrahim 

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




[perkongsian ilmu kemarin]


SEDIKIT PENJELASAN TENTANG PENGGUNAAN "IN SHA ALLAH"

ucapan "in sha Allah" itu hendaklah disertai dengan azam untuk menunaikan janji itu supaya dia tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik ~ sebutan "in sha Allah" itu adalah sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah, kerana kita yakin bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan izin Allah.

Allah berfirman, maksudnya:
- Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
- Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(al-Kahfi, 18:23-24)


MANA LEBIH BERAT, IN SHA ALLAH ATAU JANJI ?

janji lagi berat ~ sebab tidak disusuli dengan "in sha Allah" (dengan izin Allah) ~ mungkin kita boleh berjanji, dengan penuh keyakinan, namun jika Allah tidak mengizinkannya maka janji itu tidak tertunai ~ semua ketentuan Allah ~ setiap janji mesti disusuli dengan "in sha Allah" ~ bak kata pepatah, kita mampu merancang namun Tuhan yang menentukan ~ ada satu kisah yang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ceritakan tentang janji yang tidak disusuli dengan "in sha Allah" ~ [kata ostad; amat pnjg utk dcrita. . .nanti kita meeting In shaa Allah ana crita. . . .]


26jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

09/03/2014

manusia di sini

...Bismillahirrahmanirrahim 

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




macam mana ya rupa dan perangai rakyat di era pemerintahan sultan muhammad al-fateh? :3

macam mana ya rupa kerajaan nabi sulaiman a.s? :3

andai saja negara aku tinggal ini penduduknya betul-betul 1m -_-
kenapa kuat sangat bash sesama sendiri, retis pun macam monyet, para tikus-tikus yang seagama mau memerintah sendiri-sendiri, dan ramai lebih caring pasal diri sendiri jak.
ndak pernah mau support, saling menjatuhkan paling dorang sukak.
kita tengok siapa menang berbahas.

ternyata aku jugak sama seperti mereka. :'(
tekan keyboard jak lebih, bila face to face lari betapuk belakang umi.

kata adik terchenta,
tiada siapa sempurna kak dila, kecuali rasulullah s.a.w.
kita usaha jak, istiqamah. in sha Allah, Dia tolong :')


"aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya"

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ


7jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

doa untuk mh370

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Allahu :'(

(yasin, 36:41-44)

41. dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan.

42. dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (pengangkutan lain) seperti apa yang mereka naiki.

43. dan jika Kami mengkehendaki, Kami tenggelamkan mereka. maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan.

44. melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar daripada Kami untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu.




janganlah buat propaganda, berita-berita palsu, memfitnah sesama sendiri.
kirimkan saja doa untuk dorang.

kirimkan jugak doa untuk saudara seagama kita yang tertindas di bumi para anbiya. selalu.

sudah-sudah la berbahas dan saling kutuk mengutuk untuk membetulkan satu sama lain. kita bukannya maha mengetahui.

di sana hilang, ndak dikesan.
di sini sibuk menipu, memfitnah, mengutuk.
sedar-sedar la sikit, kita ni cuma insan yang lancang berbicara menggunakan keyboard.

Allah. :'(


07jamadilawal1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ