My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

16/12/2013

soalan itu

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




hari tu jalan temankan umi beli barang. saya blackout. lepas tu umi bawa masuk bank. sementara tunggu giliran tu, umi tegur-tegur la macik comel dekat dalam bank tu. panjang cerita dorang, sampai pasal saya.

"ni anak ka?"
"a'ah."
"oh... arqam atau syiah?"

umi senyum. saya cuma tunduk, berfikir seketika.
biasanya kalau saya jalan dengan umi atau walid, orang akan tanya saya ni anak angkat ka, menantu ka, sebab mata sepet sikit. dorang ingatkan saya muallaf. 

pertama kali soalan sebegini rupa saya diajukan. saya senyum, dan menjawab.

"bukan macik. saya cuma ikut sunnah. inikan pakaian isteri Rasulullah."

kami senyum. saya jelaskan dengan bahasa mudah faham, baru macik tu faham.

"in sha Allah, Islam itu tidak ada paksaan didalamnya. menutup aurat itu wajib. aurat lelaki itu dari pusat hingga ke lutut, manakala aurat perempuan itu seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. yakni dagu, leher, lengan dan kaki itu jugak aurat perempuan."

berniqab itu pakaian sunnah isteri Rasulullah :)

dipanggil ustazah atau budak sekolah agama. saya ndak kisah. yang penting tuntutan yang wajib itu kita utamakan ya. sama-sama kejar cintaNya.
in sha Allah, amiin.


13safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ