My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

15/12/2013

bebas

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh






































Mereka mungkin kata aku dipaksa.
Mereka mungkin kata aku dipenjara.
Mereka mungkin kata aku merasakan ketidakadilan.
Mereka mungkin kata aku kehilangan kebebasan sebagai seorang perempuan.
Mereka mungkin kata bagaimana aku dapat bertahan dalam cuaca yang panas dengan fesyen sebegitu.


Biar aku jelaskan wahai temanku yang tersayang.
Aku berasa selesa dan selamat.
Dengan fesyen sebegini aku berasa tenang.
Sukar bagiku untuk menjelaskannya.
Ianya merupakan sesuatu yang hanya boleh dijelaskan dengan perasaan, bukan perkataan.

Hijab bagiku...
Merupakan penghargaan tertinggi bagi seorang muslimah daripada Tuhannya.
Inilah yang dimaksudkan dengan bebas, sebagai seorang perempuan...
Aku tidak pernah berasa sangat hebat, seperti ini.

~ kepada semua yang berkata bahawa aku dipaksa berfesyen sebegini rupa, seperti yang kamu baca ini,
Inilah jawapanku :)


Aku berhijab kerana Tuhanku.
Aku berhijab kerana aku cintakan hijab. 


   اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ