My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

31/12/2013

ustaz, mu tunggu aku datang

 

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


tadi petang umi, walid, ngan adik, jalan.
ada urusan.
tinggal la aku, abang, dan dua lagi adik aku dekat rumah.

sebelum walid gerak, sempat tanya walid,

"mau tengok 'ustaz, mu tunggu aku datang' dekat astro, bole?"

"bah, menengok la kamu"


gembira sungguh hati.
selama ni tengok orang punya review pasal filem ni,
memang mau sangat tengok.
tapi takut walid ndak bagi.
huhuhu :3

tapi, alhamdulillah, walid bagi jugak rupanya. :D
tu la, dulu-dulu mau tengok simpan dalam hati jak.
huhuhu :3

alhamdulillah, berbaloi jugak rm 15 bayar tengok filem ni tiga hari.
siok betul! aku bagi 10/10 :D

ini sedikit review aku pasal filem ni;

'ustaz, mu tunggu aku datang' merupakan first islamic malay movie yang betul-betul bagi banyak sangat pengisian.
filem terbaik pernah aku tengok.
banyak input.
pasal islam. pasal tabligh.
fuhhh~

lagi satu, macam yang banyak orang bagitau.
filem ni memang ndak da pelakon perempuan.
better than other islamic malay movie. ^_^

antara ayat yang buat hati aku tersentuh;
(dialog ndak la sama sangat. ni yang aku ingat-ingat jak) :3

"dadu dapat tak bagi jaminan kita hidup pada esok hari?
kalau dadu dapat jawab, saya bagi seluruh harta saya pada dadu"

"kita hidup ini semua kerana Allah,
kita dapat melihat, dapat berjalan,
ingat semua kerana Allah semata"

"kenapa kita kena solat?"
"sebab dengan solat itu tanda kita menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah"

"kenapa iblis tak sujud pada Nabi Adam?"
"sebab sifat takbur yang ada dalam diri iblis"


kepada yang singgah belog ni, luangkan la masa tengok filem ni.
ndak pernah aku promote filem macam ni. haha :D 
confirm berbaloi-baloi, lagi siok dari kl gangster!


28safar1415
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

30/12/2013

masih bernafas

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




"maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(al-Mukminun, 23:115)


kita ndak perlu jadi doktor untuk tolong selamatkan nyawa orang.
cukup la dengan hanya menderma darah.

kita ndak perlu jadi ustaz/ustazah/budak sekola agama untuk berdakwah.
cukup la dengan berusaha menyampaikan dakwah untuk menyebarkan Islam,
kerana Allah.


setiap yang kita miliki itu bukan milik kita sepenuhnya,
itu hanyalah ujian dan pinjaman dari Allah,
untuk kita :)

pancaindera, makanan, tempat tinggal, itu bukan hak kita.
itu semua nikmat, pinjaman, dan merupakan ujian dari Allah,
untuk kita :)
untuk menguji chenta kita kepada Dia ^_^


alhamdulillah, aku masih bernafas di bumi Allah ini selama ** tahun ^_^
kalau rajin-rajin tu, kira la berapa suda umur ku ni :D
27 safar 1415 hijrah <3


27safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

29/12/2013

surat chenta



...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



...adapun orang yang membaca al-Quran dengan tersendat-sendat kerana sulit baginya membaca al-Quran, maka ia mendapat dua pahala...
(HR Muslim)


bacalah al-Quran,
kerana kita ndak pernah tau apa yg kita ketinggalan,
kerana surat chenta dari Allah itu terlalu banyak,
hingga stick note ndak cukup suda.

tapi lebih baik baca bersama terjemahan,
kalau belum fasih bahasa Quran itu sendiri ^_^

banyakkan baca surat chenta Allah,
perbetulkan bacaan,
perbetulkan makhrojal huruf, jaga tajwid,
in sha Allah, lebih mudah faham ;)


26safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

24/12/2013

wonderland by the zs

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




"Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan."
(HR Tirmidzi)

Cuti ni ndak da aktiviti jugak. Saya bagitau umi saya mau kerja, ndak jugak disuruh. Ajar anak-anak mengaji jak lah. Tapi mau jugak ada income cuti ni, jadi mintak kebenaran walid dengan umi, dua-dua ok jak bila saya cakap mau start business online. :)

Alhamdulillah, business baru start. Mohon sokongan dari semua. Doakan semoga dipermudahkanNya. In sha Allah :)


Wonderland by The Zs

21safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

21/12/2013

labuh

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


kredit

...hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga MENUTUPI DADA-DADA mereka...
(an-nur, 24:31)




menutup aurat itu wajib.
bergaya menurut syari'e itu adalah satu pilihan.
tapi labuh itu paling cool :)

labuh tidak semestinya serupa khemah, yang penting, dada dapat diselindungi, kerana dirimu begitu berharga ;)

ndak semestinya mau pakai tudung labuh, mau pakai baju kurung.
fitrah perempuan itu sukak kepada kecantikan.
biar cantik asal labuh dan tertutup! :)

siapa paling kita sayang, diri kita atau pencipta kita?


18safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

20/12/2013

pakaian taqwa



 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


pakaian tidak melambangkan ketaqwaan dan keimanan seseorang itu.

belum tentu yang bertudung labuh itu baik,
belum tentu yang free hair itu baik.

tetapi menutup aurat itu wajib.

memakai pakaian yang menutup aurat itu untuk menunaikan perintahNya dan meningkatkan kechentaan kepadaNya.


- - - - - - -


berniqab bukan sebab mau tutup kecantikan,
berniqab bukan sebab mau tutup muka yg hodoh itu,
berniqab bukan sebab mau selca banyak" lepas tu upload di sarang labah-labah,
berniqab mesti sebab chenta, kerana Allah

meskipun aku berpakaian bertudung labuh. berniqab.
tapi aku jugak sama seperti kamu.
pernah ke jurang jahiliyah.
dan mungkin lebih teruk barangkali.

in sha Allah, sama" kita usaha untuk memburu chentaNya.
saya bukan ustazah, saya hanyalah sang penchentaNya ;)


17safar1435
pemburu1415


 اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

19/12/2013

insan tidak sempurna



 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"If you want to study about Christian,
study the Bible,
not the Christians.

If you want to study about Islam,
study the Quran,
not the Muslims.

If you want to study a religion,
study the religion itself,
not the followers."
- Dr. Zakir Naik

---

if you want to learn on how to bake,
look at the recipe,
not the cake.



16safar1435
pemburu1415



اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

17/12/2013

makan menggunakan niqab?

...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


 kredit

Islam itu ada rukhsahnya. menutup aurat itu wajib.

aurat lelaki itu dari pusat hingga ke lutut, manakala aurat perempuan itu seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. yakni dagu, leher, lengan dan kaki itu jugak aurat perempuan. mukak itu bukan aurat bagi perempuan. kami berniqab kerana Allah, niqab itu pakaian sunnah isteri Rasulullah.











mereka bertanya kepada saya,

"kalau minum mesti guna straw jak kan?"


"kalau ndak da straw macam mana mau minum?"


"senang ka makan makanan berkuah?"


"kak, macam mana makan pakai niqab tu?"





senang jak mau makan. bergantung dengan jenis niqab. boleh selak tepi kalau guna niqab yang tutup dahi, niqab yaman ka, niqab arab ka. tapi kalau guna half face niqab, boleh tarik terus ke dagu, macam pakai bip budak-budak tu. semoga penjelasannya ini mudah difahami. sekali lagi, mukak itu bukan aurat. :)

sama-sama kita utamakan tuntutan yang wajib itu ya. sama-sama kita kejar cintaNya.
in sha Allah, amiin.


14safar1435
pemburu1415



 اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

16/12/2013

soalan itu

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




hari tu jalan temankan umi beli barang. saya blackout. lepas tu umi bawa masuk bank. sementara tunggu giliran tu, umi tegur-tegur la macik comel dekat dalam bank tu. panjang cerita dorang, sampai pasal saya.

"ni anak ka?"
"a'ah."
"oh... arqam atau syiah?"

umi senyum. saya cuma tunduk, berfikir seketika.
biasanya kalau saya jalan dengan umi atau walid, orang akan tanya saya ni anak angkat ka, menantu ka, sebab mata sepet sikit. dorang ingatkan saya muallaf. 

pertama kali soalan sebegini rupa saya diajukan. saya senyum, dan menjawab.

"bukan macik. saya cuma ikut sunnah. inikan pakaian isteri Rasulullah."

kami senyum. saya jelaskan dengan bahasa mudah faham, baru macik tu faham.

"in sha Allah, Islam itu tidak ada paksaan didalamnya. menutup aurat itu wajib. aurat lelaki itu dari pusat hingga ke lutut, manakala aurat perempuan itu seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. yakni dagu, leher, lengan dan kaki itu jugak aurat perempuan."

berniqab itu pakaian sunnah isteri Rasulullah :)

dipanggil ustazah atau budak sekolah agama. saya ndak kisah. yang penting tuntutan yang wajib itu kita utamakan ya. sama-sama kejar cintaNya.
in sha Allah, amiin.


13safar1435
pemburu1415


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

15/12/2013

bebas

 ...Bismillahirrahmanirrahim

...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh






































Mereka mungkin kata aku dipaksa.
Mereka mungkin kata aku dipenjara.
Mereka mungkin kata aku merasakan ketidakadilan.
Mereka mungkin kata aku kehilangan kebebasan sebagai seorang perempuan.
Mereka mungkin kata bagaimana aku dapat bertahan dalam cuaca yang panas dengan fesyen sebegitu.


Biar aku jelaskan wahai temanku yang tersayang.
Aku berasa selesa dan selamat.
Dengan fesyen sebegini aku berasa tenang.
Sukar bagiku untuk menjelaskannya.
Ianya merupakan sesuatu yang hanya boleh dijelaskan dengan perasaan, bukan perkataan.

Hijab bagiku...
Merupakan penghargaan tertinggi bagi seorang muslimah daripada Tuhannya.
Inilah yang dimaksudkan dengan bebas, sebagai seorang perempuan...
Aku tidak pernah berasa sangat hebat, seperti ini.

~ kepada semua yang berkata bahawa aku dipaksa berfesyen sebegini rupa, seperti yang kamu baca ini,
Inilah jawapanku :)


Aku berhijab kerana Tuhanku.
Aku berhijab kerana aku cintakan hijab. 


   اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

31/08/2013

cita-cita kami


..Assalamu'alaikum..

terselit satu cita~cita yg betul~betul aku inginkan.
aku ingin bersama mereka menuju syurga Allah!~
in shaa Allah~ amiin~ (:

aku ingin,
bersama~sama kami berusaha perbaiki diri,
bersama~sama merasai bagaimana indahnya mengenali Islam dan hidup dalam Islam sepenuhnya,
bersama~sama mengamalkan cara hidup Islam dan istiqamah dengannya.

aku ingin
ke syurga bersama mereka tanpa sejejak pun ke neraka.
Allah...
layakkah?

itulah cita~cita agungku,
moga Dia redha (:
in sha Allah~ amiin~

* yg mukak matahari itu ialah seorang ninja yg cute dari planet bumi ini (:

 اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

saya orang malaysia

..Assalamu'alaikum..

     Alhamdulillah, I am grateful to be born as a Malaysian and also as a Muslim this Islam country. Its already been 56th years of Malaysia's Independence under the leadership of six Prime Ministers since 1957/1963.

1st Prime Minister of Malaysia - Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Father of Independence)
2nd Prime Minister of Malaysia - Tun Abdul Razak Hussein (Father of Development)
3rd Prime Minister of Malaysia - Tun Hussein Onn (Father of Unity)
4th Prime Minister of Malaysia - Tun Dr. Mahathir Mohamad (Father of Modernisation)
5th Prime Minister of Malaysia - Tun Abdullah Ahmad Badawi (Father of Human Capital Development)
6th Prime Minister of Malaysia - Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak (Father of Transformation)

     Be grateful for what we have and never forget to pray for our Muslim friends that still fight for their country. May we all always in peace and serenity. In sha Allah~ amiin~


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

30/08/2013

siapa fatih?


..Assalamu'alaikum..

Fatih atau nama sebenarnya yang ana tau ialah Fatih Seferagic.

Date of birth: 1st of March 1995
Place of birth: Germany
Nationality: Bosnian

* he move to The States at age 4.
* he completed his Hifdh at Baltimore, Maryland, USA (Islamic Society of Baltimore) in hifdh program.
* he lived at Baltimore for seven years to complete his study under Shaykh Qari Zahid and Qari Abid.
* he moved to Dallas, Texas, USA for ten months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program.
* he currently lived at Houston, Texas, USA as a student and a Qur'an teacher.
* he just married this month! (:


Connect with Fatih;

For event booking and reservation;

p/s: you can find lots of his video on YouTube by just typing his name! :D

 اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

20/08/2013

saya pemburu


..Assalamu'alaikum..

Saya pemburu yang mencari-cari apa yang ingin saya buru.
Dulu saya ndak pakai tudung.
Tingkatan 3 baru saya mula pakai tudung, tu pun kalau pi jalan jauh jak.
Kalau round-round kampung, pi rumah jiran, saya ndak pakai tudung.

Saya pemburu yang masih merangkak di dalam hutan untuk menangkap sang kancil berlari laju.
Saya belajar tentang Islam dengan lebih mendalam lagi.
Tapi susah mau cari ustazah di tempat saya, kecuali di sekolah jak.
Saya baca tafsir, hadis, kitab-kitab, dan banyak lagi buku tentang Islam.

Saya pemburu yang baru mengetahui apa yang ingin saya buru.
Alhamdulillah, sekarang sudah 19 tahun saya bernafas di bumi milik Allah ini.
Saya belajar pakai tudung bidang '60 dengan tudung labuh time umur saya 18 tahun.
Alhamdulillah, sekarang saya suka guna tudung labuh sudah.

Saya pemburu yang tamak.
Saya ada tujuh helai tudung labuh.
Dua tu baru jak saya potong, lima lagi tu saya mintak Umi saya punya masa dia perawan dulu.

Saya pemburu.
Alhamdulillah, Syawal sudah datang.
Walaupun saya rasa sedih jugak, saya mesti redha dengan qada' dan qadar-Nya.

Saya pemburu cinta Allah.
Dulu saya ndak pakai tudung.
Umur 15 tahun saya belajar pakai tudung.
Umur 18 tahun saya mula belajar jaga aurat termasuk kaki.
Umur 19 tahun saya mula jatuh cinta dengan tudung labuh.
Sekarang saya mula pakai niqab.
Doakan saya istiqamah dan selalu niat melakukan semuanya kerana Dia.
In shaa Allah. amiin~

Saya pemburu syurga.
Terima kasih sudi baca post saya ini.
Selamat hari raya aidil fitri.
Minal 'aidil wal faizin.
Maaf zahir dan batin.
Taqaballahu minna waminkum.
In shaa Allah.
amiin (:




















اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

05/08/2013

kisah kami

..Assalamu'alaikum..



اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

05/06/2013

itu jugak aurat

..Assalamu'alaikum..


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

31/05/2013

kosong


Being Blank.

Hello. My name is ***. I have a lot of nick names, but my favourite one is pemburu.
I called my father Walid, and I called my mother Umi.
I have six siblings and I am the third.
I am sixteen years old to infinity and beyond. I wish I am Peter Pan. I want to be forever young.
But I am happy with my life right now.
I am a Muslim. I believe in Allah, I believe in love.
I have one number one best friend, and I called her Aly.
We both have nothing in common.
She loves Cody Simpson, while I love K-Pop like crazy.
She dislike Running Man, and I dislike CRS.
Even though sometimes we have a different opinions, we still both love each other.
I am not lesbian! :P
Actually, I rely on her almost all the time. I rely on people around me most of the time.
I cannot stand on my own, since I always will be blank when there's nobody with me.
I sleep a lot in school, during recess or when there's no teacher.
I love to spend my time playing Sudoku and watching Running Man or K-Drama.
I try my best to finish reading Holy Quran once in a year.
Alhamdulillah, I did it twice so far. I'll do it again this year!
My favourite character in Harry Potter would be Ronald Weasley,
and in Spongebob Squarepants is Patrick.
I enjoy watching cartoons and movies about friendship.
I wish I have a friend like in those kind of movies.
My favourite subject would be Additional Mathematics, and my number one hobby is eating.
I already gain my weight to 60 kg this month. I am fine with my weight. But not my body.
I am trying to lose my fat with dancing to K-Pop song.
I watch a lot of K-Pop tutorial dance, and I practice it in my room.
I can dance to Boyfriend songs now! ^_^
Okay, that's all I want to say.
Thank you for spending your time reading ridiculous post ever. :)
*bow 90 degree*

29/05/2013

cuti semester

..Assalamu'alaikum..


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

22/05/2013

Dia rindu

..Assalamu'alaikum..

Doakan saya cepat sembuh ya! 
In sha Allah, amiin~

 اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

20/03/2013

jatuh cinta


..Assalamu'alaikum..

ღ ღ ღ
"Mula-mula tu aku cuba-cuba jak pakai.
Tapi lepas tu aku jatuh cinta.
Sekarang, baru aku sedar Allah itu Maha Mengetahui.
Aku bersyukur, aku gembira dengan kehidupan yang Dia bagi aku.
Aku sayang Dia, dan aku cintakan Dia."
ღ ღ ღ

Thank you, Allah! :)

اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

09/01/2013

mari belajar bahasa korea

..Assalamu'alaikum..


اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ

06/01/2013

brownie in a mug


..Assalamu'alaikum..

Bahan-bahan:
- 1/4 cawan gula (kisar dahulu) / gula kastor
- 1/4 cawan tepung
- 2 sudu besar koko
- 2 sudu besar minyak masak / minyak zaitun
- 3 sudu besar air
- secubit garam
- ais-krim (kalau mau la *tapi pastikan bukan perisa coklat ya!)

*p/s: benda utama yang kita gunakan ialah mug! :)

Cara-cara membuat: (untuk 1 orang jak ya)
- masukkan semua bahan kering.
- masukkan minyak dan air.
- gaulkan sehingga sebati.
- masukkan dalam microwave. masak selama lebih kurang 2 minit.
- keluarkan brownie, dan cucuk menggunakan pencungkil gigi tajam untuk pastikan ia masak, (kalau pencungkil bersih, maknanya brownie masak. kalau pencungkil kotor, maknanya brownie ndak masak. kalau ndak masak, masukkan lagi dalam microwave selama 1 minit.)
- keluarkan dan biarkan sejuk untuk beberapa minit. (hati-hati ya. panas tu!)
- letak ais-krim diatasnya.
- sedia untuk dimakan! :)

Sambil buat brownie tu, jangan lupa selawat dan berzikir la. In sha Allah, sedap brownie tu!




Happy cookinpeeps!~ ^_^

اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ