My photo
kepulauan borneo
seorang ninja
tap. tap. tap. bunyi tapak kaki beruang yang comel berlalu pergi.

15/12/2012

nasi goreng planta

..Assalamu'alaikum..

Semalam, saya tengok Rush Hour 3 dekat TV3 dengan J. Lepas tu, masa iklan tu, keluar pulak iklan Planta Masak nasi goreng Planta! Terus saya pun mau jugak buat! Jadi, inilah dia resepi nasi goreng Planta saya!  (^_^)

Bahan-bahan:
300-450g nasi
2 sudu besar Planta
5 biji telur
5-6 sudu besar sos cili
1/2 lobak (potong dadu kecil)
2/3 kacang panjang (potong dadu kecil)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
5 sosej (dihiris)
Garam, lada sulah, dan mayones secukupnya

Cara-cara memasak:
  1. Goreng sosej, ketepikan.
    Frying the sausage, then set aside.
  2. Panaskan kuali. Kemudian, masukkan Planta, bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
    Heat a wok. Then, put in the Planta, onion and garlic. Saute them until the aroma can be smelled.
  3. Masukkan garam, lada sulah dan sos cili.
    Add in some salt, pepper and chili sauce.
  4. Kemudian, masukkan sayur-sayuran dan sosej.
    Then, add in the vegetables and sausages.
  5. Masukkan nasi dan gaul bersama. Kemudian, masukkan dua biji telur dan gaul bersama.
    Put in the rice and mix it all together. Then, add in two eggs and mixed them all.
  6. Pastikan rasanya tepat dan biarkan sejuk.
    Test the taste. Then let it chill.
  7. Sementara menunggu nasi sejuk, goreng telur menjadi omelet.
    While the rice chilled, let's frying some eggs and turned it into an omelette.
  8. Gaul telur bersama garam, lada sulah dan mayones.
    Take an egg and mix it with salt, pepper and mayonnaise.
  9. Goreng telur.
    Fry the egg.
  10. Sedia untuk dihidangkan Nasi Goreng Planta dengan Omelet Mayones.
    Ready to served the Planta Fried Rice with Mayonnaise Omelette.

*untuk sosej tu boleh tukar dengan apa daging yang tidak bertulang.
*sayur-sayuran pulak boleh ditukar dengan mix veggies.
*untuk omelet, letak jak apa-apa. asal sedap. jadi kreatif la! ^_^
*jangan lupa, sambil masak-masak tu, selawat dan berzikir la. in sha Allah, sedap tu masakan!

Happy cookinpeeps!~ ^_^

اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ